Friendship



Assalamualaikum blog saya ! Okay, harini saya nak story pasal sahabat. Alhamdulillah Allah hantar aku dengan pelbagai jenis kawan dan sahabat. Berbeza sahabat dengan kawan. Kawan ni yang tak rapat dengan kita, yang tahu luaran kita. Tapi sahabat ni tahu luaran dan dalaman kita. Aku besyukur, walaupun kawan aku tu pelbagai perangai. Tak kisah lah dari segi fizikal atau mental. Setiap apa yang Allah hantar tu semua ada hikmahNya.

Dalam aku tak sedar, rupanya masa tu sangat pantas berlalu. Tak sangka aku dah habis sekolah. Ya, zaman sekolah adalah zaman yang paling seronok dimana aku tak perlu fikirkan pasal duit, kerja, kerjaya walaupun time sekolah tu kita kena ada cita cita. Tapi sebenarnya kita tak tahu maksud cita cita yang sebenar. Cita cita tu kenalah bedasarkan apa yang kita mampu kan ? Kalau kita boleh bawa, boleh lah kita kejar cita cita tu. Kalau tak mampu? Boleh, tapi jauh lah perjalanan tu. Allah tahu apa yang terbaik untuk HambaNya.

Friendship? Aku percaya pada ikatan persahabatan. Sebab aku ni jenis yang social. Maksud aku, bukan perangai aku social adalah had nya. Social maksudnya aku suka berkawan, aku suka bergaul dengan orang lain. Maybe orang judge aku ni macam pendiam, tak banyak cakap. Aku sendiri dengar nak gelak. Mana tak nya hakikatnya aku banyak cakap. Mulut bechokkk ! Hahaha , orang yang rapat dengan aku tahu lah aku macamana. Cakap tak berhenti. Kalau aku diam tu maksudnya aku dah tak ada ayat cakap tapi sebenarnya nak cakap. Mulut ni suka cakap cakap cakap ! Kadang orang pun naik bosan, tak penat ke cakap je? Eh aku yang cakap ke kau yang cakap? Hahaha,

Apakan daya dah memang sifat aku macamni, takkan aku nak fake kan ? Jadi diri sendiri lah, kita boleh tengok siapa stay siapa pergi. Soo , aku ada seorang sahabat ni. Kalau tengok luaran dia, ya memang macam kerek belagak poyo namatey! Tu kalau orang yang tak kenal dia lah. Tapi orang betul betul kenal dia, dia akan stay dengan budak ni. Ada sifat istimewa yang ada pada diri dia yang orang lain tak ada. Sebab apa tau ? Dia kalau sayangkan orang tu dia akan nasihat, apa yang dia nak kata dia bagitahu. Apa yang tak elok dia tegur. Itulah kan yang dinamakan sahabat ? Tegur keburukan kita bukan ajak kita buat keburukan. Well , I'm so glad to know you makcik Nani a.k.a Nani York Cooling King (Nama ni Fatin yang bagi) Hahaha.

Dia ni kawan aku since form1 time tu sekolah SAS. Aku selalu dengan dia, Aten, Basyirah, Isma, Aziani. Tapi paling rapat dengan dia and Fatin. Fatin? Bakal jadi ustazah. Tu pun jarang contact dengan dia. Sebab dia sekolah asrama kan. So tak ada masa kot. Even Nani ni since 2010 aku kawan dengan dia, tak pernah lost contact sampai lah sekarang 2016. Sekejap kan masa berlalu ? Now pun dia dah lawa. Kalau time form1 and sekarang nak bezakan. Jauh beza dia. Hahahha. Banyak lah perubahan dekat dia, bukan perangai. Tapi fizikal, makin flawless, glowinggg (Jangan kembang ye Nani) hahaha.

" Thanks Nan, kau sebenarnya selalu dengan aku susah senang. Bila aku ada masalah aku share kat kau, kau bagi feedback bagus sangat. Sebab aku jenis mudah terima nasihat kau. Nak cakap, kau banyak nasihatkan aku. Ingat tak? Dulu aku ada masalah dekat sekolah baru aku tu. Dekat SMKB tu, kau bawa aku keluar pergi morib, kau suruh aku tenangkan diri. Kau suruh aku luah segala galanya, aku luah. Dan seperti biasa kau bagi aku semangat dan nasihat yang akan aku simpan. Aku bukan lah seorang kawan yang baik, kadang aku sendiri tak layak nak berkawan dengan kawan sepositif kau. Kalau kau nak tahu kau lah satu satu kawan aku yang tak jarang tak reply text aku. Hahaha, jangan kembang lagi ye. Sebab ni bedasarkan penilitian aku lahhh ! Hahaha , sebab tu aku suka text kau. Ada je benda bongok kau nak cakap. SO akuuu dengan baiknya layan je perangai mengong kau tu. Hahaha. Thanks Nan, thanks sebab stay dalam hidup aku dan jadi sebahagian dalam hidup aku. Aku harap persahabatan kita kekal sampai ke syurga. In Shaa Allah..."

Kawan lain dan sahabat lain pun baik dengan aku. Cuma kau ni dah lama kawan dengan aku, yang dah masak dengan perangai aku yang sengal plus bengong ni. Kalau nak cerita pasal si Nani ni memang tak habis. Banyak sangat kenangan aku dengan dia. Aku sentiasa simpan dalam pale otak aku ni. Kalau nak dikira gambar dengan dia pun tak terkira. Banyak namatey ! ILOveYou Nurhannani Sorfinaa MUAHHH




Ni ke jogging ? Sesat dah ni. Hahaha, melantak lebih dari bakar lemak. Apa pun tak bolehh belahh !




Time ni niat nak main game dalam tu, tapi tapi macam pftt




Jarang nak bergambar dengan dia ni peluk peluk, takut dia tak selesa. Tapi nak peluk jugakk huhuhu. Pendeknya aku, (eh over lak tudung pink tu.) Hahaha




Nampak tak tudung pink tu muka tak ikhlas nak senyum. Eh baru aku perasan, dia ni keluar memang suka pakai tudung pink ke apa? Hahaha




Hahaha, ingat tak time ni ? Aku jadi makeover member kakak kau. Aku segan sebenarnya, bukan reti makeupkan orang sangat pun. (Tu tutup2 mulut kenapa.?) Haha




Time ni kau lawa sangat Nan, aku malas nak puji lebih lebih. Kau ni cepat kembang, kang terbawa bawa mimpi. Hahaha, tapi serious time ni kau lawa. Manis je aku tengok kau. Kau memang cantik tapi simple, tak macam aku ni kalau tak over tak sah. Hehe




Gambar ni aku suka sangat Nan, time ni lah aku down gila. Macam dah taknak sekolah dah. Tapi kau yang bagi aku semangat. Siap edit gambar aku lak tu. Hahaha, kau dengan falsafah tak dapat nak dipisahkan. Kalau aku putar masa balik aku Tarik tudung aku tu ke belakang skit. Hahaha, (Credit by Nurhannani)





Ni first lah aku jogging dekat sini dengan minah ni, bayangkan lah bontot aku sakit kebas sebab jogging kat sini. Haha, bukan jogging pun sebenarnya, jalan dengan borak je lebih. Jerebu pulak menghalang permandangan yang indah grrr.





~





Comments

Popular posts from this blog

The War Began

Perfect Enough ?